Pengenalan

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa bukan sahaja kerana kedudukan geografinya yang strategik tetapi juga kerana masyarakatnya yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Rakyat hidup dalam suasana aman dan harmoni semenjak negara mencapai kemerdekaan. Walaupun terdapat pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilalui namun rakyat tetap berganding bahu mengharunginya bersama.

Sebagai usaha untuk mengukuh dan menanamkan aspirasi semangat perpaduan di kalangan golongan muda khususnya murid-murid sekolah, konsep perpaduan ini boleh diterjemahkan dalam bentuk seni lukisan.

Lukisan adalah suatu teknik menggambar untuk meluahkan perasaan ataupun luahan hati secara imej, bentuk, tulisan ataupun warna. Melalui kaedah ini, diharapkan semangat perpaduan yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan ini dapat dihayati dihayati dan dikongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia.


Tema

Bertemakan “WARNA-WARNI MALAYSIAKU”, setiap peserta perlu menghasilkan satu lukisan (mewarna atau melukis) yang menggambarkan PERPADUAN di kalangan Rakyat Malaysia.

6 comments: